Blog Terkini

4 tips simple ini jika diamalkan sebelum tidur boleh buatkan anda sentiasa cantik berseri

Bagi wanita yang sentiasa ingin menjaga seri muka dan cantik, pastinya mereka akan ada beberapa tips rahsia yang mereka simpan. Selalunya mereka akan ada beberapa aktiviti yang mereka buat sebelum tidur, kadang-kadang aktiviti ini yang boleh menjaga seri cantik wajah ayu di muka tanpa kita disedari.

Haruslah saya katakan buat wanita di luar sana ingin kelihatan cantik berseri untuk lakukan 4 tips cantik sebelum tidur (simple tapi power) ini. Jom amalkan 4 tips simple ini sebelum tidur, ini boleh membuatkan anda sentiasa cantik berseri.

4 Tips Cantik Sebelum Tidur

 

1- Gunakan pelembap sebelum tidur

Ramai yang memberi alasan tak suka wajah melekit ketika tidur. Pemakaian pelembap membantu mengelakkan kulit daripada kering ketika tidur. Terutamanya jika tidur ditempat sejuk dan berhawa dingin. Bila kulit kering tanda-tanda penuaan cepat muncul (kedutan dan kusam).

2- Pencuci muka

Mencuci wajah sebelum tidur sangat besar manfaatnya. Jika tidak mencuci wajah dengan betul sebelum tidur penyebabkan proses pertumbuhan semula kulit terbangut dan terhasil jerawat, gatal dan iritasi.

3- Gosok gigi

Mungkin tertanya-tanya kaitan menggosok gigi dengan kecantikan. Gigi yang rosak dan kuning pastinya menjejaskan penampilan wajah secara keseluruhan.

4- Masker muka

Amalkan pemakaian topeng muka untuk penjagaan muka. Ini adalah penjagaan tambahan untuk kulit. Cukup sekadar 3/4 kali seminggu.

Jangan bertangguh lagi, amalkan 4 tips cantik sebelum tidur ini sebelum anda terlupa. Mulakan dahulu malam ini dengan tips pertama sebelum tidur agar cantik dan kemudian konsistenlah untuk diamalkan setiap hari. 

Untuk menambah cantik lagi, kami sangat sarankan untuk anda mencuba satu set percubaan Zafesha Simply Foundation. Harga yang sangat berpatutan untuk krim 5 dalam 1 ini.

Jumpa lagi dalam artikel seterusnya.