Blog Terkini

Kenapa wanita perlu cantik? Ketahui rahsianya di sini

Betul ke wanita perlu cantik? Eh, tak nak lah jadi cantik, bahaya, lagipun boleh mendatangkan riak lepas tu dapat dosa.

Disini kami akan terangkan kat korang semua wahai wanita sekalian kenapa korang perlu cantik.

1. Keyakinan Diri

Melalui pengalaman sendiri, dulu kulit muka kusam, penuh dengan jerawat dengan eyebag lagi, memang malu nak berhadapan dengan kawan-kawan tau. Pakai tudung tuh confirm ke depan muncung dia, nak cover pipi yang bergerutu dengan jerawat tuh.Tengok kawan-kawan perempuan yang lawa, jeles, teringin kulit canti macam diorang. Tengok kulit kawan lelaki pun alahai, lagi licin dari kulit sendiri. MALUNYA. So, jelas kat sini kenapa perlu cantik.

2. Kebersihan Diri

Ya, masa mengalami sesi muka penuh dengan kawah bulan tuh, saya ada pergi buat treatment muka cecah ratus ringgit. Ngaku jela, punya malu dengan jerawat ni. Sanggup habis duit. Dasat wooo. Nampak tak, kulit wajah ni mencerminkan keperibadian kita sebenarnya. Adakah kita sudah cukup pembersih atau belum?

3. Menghargai dan sayang akan diri

Bila kita suka kelihatan cantik bermaksud kita sedang menjaga kecantikan dan kesempurnaan diri sendiri. Kalau diingat semula kan, masa kecil dulu kita lahir dengan kulit yang bersih, halus, mulus, bebas segala masalah wajah. Tapi, bila meningkat remaja, dewasa dan berusia mula lah kulit wajah mengalami masalah. Jadi, apabila kita menjaga kecantikan wajah, samalah seperti kita menghargai/sayang diri sendiri dengan menjaga diri kita.

4. Untuk Insan tersayang

Wah, ini sudah semestinya. Bagi mereka yang sudah bergelar isteri, memang nak kelihatan cantik menawan di hadapan suami. Tak salah kan?? Lelaki ni memang sinonim dengan kecantikan. Siapa tak suka tengok benda atau barang yang cantik kan? Sama juga seperti lelaki.

Jadi, kalau korang ada masalah kurang yakin diri sebab rasa tak cantik, Jom cantikkan diri bersama Zafesha Simply Foundation hari ini juga!

Jomlah sama-sama kita menjaga kecantikan diri sendiri dan mengetahui kenapa wanita perlu cantik. Zafesha Simply.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!